The Banjaran Hotsprings Retreat, Perak
Berlatar belakangkan bukit-bukit batu kapur, The Banjaran Hotsprings Retreat adalah sebuah penginapan yang paling sempurna pernah anda temui. Kesemua penginapan yang ditawarkan adalah villa mewah yang terletak di dalam lokasi penuh privasi untuk anda menikmati percutian dalam ketenangan.
Sesetengah kawasan penginapan menyajikan pemandangan sungai, sesetengahnya pula (yang bernilai lebih tinggi) memiliki kawasan halaman sendiri.
Lokasinya, hanyalah 10 minit perjalanan kaki dari Taman Tema Air Lost World of Tambun. Tapi sekiranya anda tidak bercadang untuk keluar dari kawasan penginapan, anda sebenarnya telah membuat pilihan yang tepat. Resort ini lengkap dengan restoran terbuka, spa, pusat kecergasan, kolam renang, gua-gua yang terbentuk secara semula jadi dan kawasan kolam geothermal untuk mandian air panas.
Alamat: 1, Persiaran Lagoon, Sunway 3, 31150 Ipoh, Negeri Perak
Telefon: +605 210 7777
Facebook: The Banjaran Hotsprings Retreat, Ipoh
Instagram: thebanjaranhotsprings
Laman Web: thebanjaran.com